Sejak mula dikenali, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri sentiasa menjadi perhatian netizen. Ada sahaja perkara yang membuat dirinya dan keluarga menjadi sebutan.

Sokong LGBT?

Terbaru, usahawan ini sekali lagi mencuri perhatian apabila dia dilihat menari bersama selebriti Indonesia yang dikaitkan dengan isu transgender, Lucinta Luna. Malah melihatkan pada rakaman video tersebut, Aliff dikatakan seperti menyokong dan mengalakkan golongan LGBT. Malah ada yang menganggap video itu seperti sesuatu yang mengghairahkan.

Netizen Mahu Boikot Aliff

Jika sebelum ini terdapat gerakan yang ingin memboikot Nur Sajat dan Safiey Ilias, kali ini nampaknya Aliff bakal menghadapi perkara yang sama. Ini kerana beberapa netizen mendakwa mereka mahu memboikot Aliff kerana dia dilihat seperti menyokong kaum seperti ini.

Apa pun bagi kami, niat Aliff bukanlah ingin menyokong LGBT sebaliknya kita semua mengetahui kebanyakan perkara yang dilakukan adalah strategi pemasarannya semata-mata.

Artikel Sebelumnya[REVIEW] Filem The Envelope Langsung Tidak Seram?
Artikel Seterusnya[VIDEO] Ratu Cantik Malaysia Dedah Dimalukan Selebriti Terkenal
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress