Lanjutan mengenai artikel kami terdahulu dimana terdapat komen dari segelintir yang mendakwa pemilihan Samantha Katie James sebagai Miss Universe Malaysia adalah kurang tepat. Semuanya mula tercetus apabila bentuk fizikal Samantha terutama di bahagian kaki kelihatan agak ‘berisi’ dan kurang cantik.

Kaki Bukan Gemuk Tetapi Penuh Dengan Otot

Terbaru, menerusi beberapa video di Insta-story nya, Samantha menolak dakwaan bahawa kononnya kakinya itu kini telah gemuk akibat tidak menjaga penampilannya. Jelas Samantha, kakinya itu dilihat agak berisi bukanlah kerana lemak mahupun faktor kegemukan sebaliknya itu adalah otot-otot hasil daripada dia menjalani latihan di gymnasium.

” Saya pergi ke gym hampir setiap hari sejak umur saya 18 tahun tanpa gagal dan kaki itu sebenarnya penuh dengan otot! Saya tak percaya akan ada yang percaya dan menganggap itu sebagai sebaliknya…”

Samantha Dedah Kehidupan Peribadi Dikawal

Tambahnya lagi, kehidupannya kini seperti tidak tenang kerana segala-segalanya diperhatikan dan dikawal oleh sesetengah pihak. Malah dia juga tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan dan melihatkan kehidupannya kini saling tidak tumpah seperti sebuah maskot.

Dimalukan Selebriti Terkenal

Lebih mengejutkan, ratu cantik Malaysia ini mendedahkan kerana bentuk fizikalnya (body shaming) itu dia seolah-olah dimalukan oleh seorang selebriti terkenal yang juga ‘orang kuat’ The Miss Universe Malaysia Organization (MUMO).

Jelas Samantha, selebriti itu memerlinya dengan memberitahu seseorang itu perlu memiliki ijazah supaya netizen diluar sana akan menghormatinya.

Kerana sikap selebriti itu, ramai yang kecil hati dan berhenti kerja malah pengurus Samantha juga pernah menangis kerana tidak tahan dengan sikapnya.

Bagi Samantha, semua itu didedahkannya kerana netizen perlu tahu mengenai apakah yang terjadi disebaliknya dan tidak perlu dirahsiakan kerana semua orang tidak perlu takut menceritakan pengalaman mereka. Tegasnya lagi, setiap orang memiliki bentuk badan berbeza termasuklah dirinya sendiri.

Sumber : Instagram Samantha Katie James