Populariti Dato Seri Vida sememangnya tidak dapat dinafikan. Malah boleh dikatakan dia diantara usahawan yang begitu terkenal di Malaysia.

IKLAN

Cik B Terpalit Populariti DSV

Bukan itu sahaja, malah populariti Dato Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV turut terpalit pada anak perempuannya, Cik B. Malah sejak terlibat dalam rancangan realiti terdahulu, populariti Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen hampir setanding dengan ibunya dimana jumlah pengikutnya di Instagram kini mencecah lebih dari 245 ribu pengikut.

Cik B Jumpa Peminat

Bukan itu sahaja, di usianya yang baru menginjak 13 tahun Cik B sudah mempunyai pengikut yang setia. Buktinya DSV sekali lagi bertandang di sebuah sekolah agama di Terengganu dimana kali ini dia bertujuan membawa anaknya itu berjumpa dengan para peminat.

Sambutan meriah turut diadakan di sekolah itu bagi menyambut Cik B persis selebriti popular!

BACA  DSV Buat Kejutan! Hadiahkan Cik B Buku Nota Louis Vuitton