Sejak kebelakangan ini begitu ramai selebriti antarabangsa dilaporkan mengambil barang terlarang, dadah sebagai salah satu cara untuk menghilangkan tekanan mahupun sekadar hiburan.

Demi Lovato Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Terbaru, penyanyi Demi Lovato ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat pengambilan dadah secara berlebih-lebihan di kediamannya di Hollywood Hill pada Selasa lalu. Penyanyi berusia 25 tahun ini walaubagaimanapun sempat diselamatkan selepas rakannya mendapatkan bantuan kecemasan daripada pasukan perubatan. Menurut laporan, rakannya itu sempat memberi ubat mencegah ketagihan membuatkan dia sedar semula dan dibawa ke pusat berubatan di kawasan Los Angeles.

Mula Mengambil Dadah Sejak Umur 17 Tahun

Lebih mengejutkan, Demi mula mengambil barang terlarang itu sejak berusia 17 tahun kerana tekanan kerja dan pergaulan bebas. Terdahulu, dia pernah menjadi aktivis melawan ketagihan dadah dan alkohol serta turut melancarkan single berjudul Sober yang menceritakan tentang perjuangannya untuk kehidupan lebih sihat. Tidak cukup dengan itu, pada minggu lalu Demi membuat persembahan di California dan tidak mengingati lirik lagunya sendiri menyebabkan beberapa konsert yang sudah dijadualkan terpaksa dibatalkan.

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Dato Seri Vida Bawa Cik B Jumpa Peminat
Artikel Seterusnya‘Sudah ‘Putus’? Safiey Ilias Enggan Dikaitkan Dengan Syah James Lagi
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress