Sebelum ini pengasas kosmetik, Safiey Illyas pernah dikaitkan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Syah James. Pelbagai kontroversi terpalit pada mereka berdua termasuklah mengenai kononnya Syah telah melamar Safiey. Namun, Safiey menafikannya dan memberitahu bahawa video dan gambar yang tular adalah sekadar promosi sahaja

IKLAN

Safiey Enggan Dikaitkan Dengan Syah Lagi

Terbaru kedua-duanya telah memuat naik beberapa posting berkenaan dengan hubungan mereka yang dikatakan sudah tiada apa-apa. Malah, Safiey turut meminta agar dirinya dilupakan oleh lelaki berkenaan dan enggan dikaitkan lagi dengan Syah.

β€œTak apa lah. Lupakan saya. Jangan kaitkan saya dgn Syah lagi. Kami dah tak ada apa-apa hubungan. 1 pergi 100 datang,”

Meskipun begitu, Safiey masih lagi menganggap Syah sebagai rakannnya dan mahu meneruskan perniagaannya seperti biasa.

BACA  "Shame On You"- Da'i Wan Dazrin Selar Kenyataan Dua Lipa Sokong LGBT

Syah James Hargai Safiey

Dalam perkembangan lain, Syah menerusi Instagram menzahirkan sebuah kenyataan mengenai Safiey dimana dia begitu menghargai Safiey kerana banyak membantunya ketika dia susah dahulu.

Akan tetapi dia dilihat telah pun memadam kesemua gambar dia bersama usahawan itu sebagai langkah ingin melupakannya. Hasil tinjauan kami di komen kedua-dua Instagram mereka , ramai yang bersimpati dan tidak kurang ramai yang menganggap ianya sekadar strategi promosi mereka semata-mata.