Semalam, timbul satu isu mengaitkan usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat Kamaruzzaman selepas didakwa kononnya dia telah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengubah status jantina pada kad pengenalannya.

JPN Nafi Nur Sajat Buat Permohonan Pertukaran Status Jantina

Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa Sajat membuat permohonan pertukaran Jantina di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya pada Jumaat lalu seperti didakwa netizen. Sebelum ini juga, terdapat dakwaan Sajat pernah memohon untuk mengubah status jantina pada MyKadnya, namun telah ditolak pihak JPN.

Nur Sajat Berang Difitnah

Namun begitu, menerusi laman Instagram nya, pelantun lagu Makhluk Penggoda ini berang kerana difitnah pihak tertentu mengenai permohonan status nya itu. Tambah Sajat, dia tidak pergi ke JPN seperti yang didakwa malah turut mencabar pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti yang kukuh. Apa pun, kami pasti Sajat akan memberi penjelasan yang sebenar tidak lama lagi

Artikel SebelumnyaLancar Muzik Video Rasmi, Alyah Beri Sebab Kenapa Pilih Remy Ishak
Artikel SeterusnyaZahirah MacWilson Gembira Dikecam Meskipun ‘Pedih’
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress