Zahirah MacWilson Gembira Dikecam Meskipun ‘Pedih’

Ketika selebriti lain merasa terkilan kerana dikecam netizen, namun tidak bagi pelakon Zahirah MacWilson yang gembira dikecam meskipun kadang-kalanya ianya agak pedih.

Gembira Dikenali Sebagai Fika

Zahirah atau lebih mesra disapa Ira ketika ditemui Hangat.com memberitahu perasaan gembira kerana kecaman itu bukanlah selamanya sebaliknya dia menganggap sesuatu yang positif kerana wataknya sebagai Fika dikira sebagai berjaya menerusi drama Jangan Benci Cintaku yang kini sedang ditayangkan di TV3.

View this post on Instagram

Tonight, say goodbye to Fika? #janganbencicintaku

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Selain pelakon Niena Baharun yang teruk dikecam kerana watak Antagonis nya, Ira pula dikecam kerana dianggap terlalu naif di dalam drama berkenaan. Malah menurut Ira, dia juga tidak kisah sekiranya ada peminat yang memanggilnya sebagai Fika.

Peminat Minta Nasihat Zahirah

Ketika ditanya mengenai kegagalan percintaan nya terdahulu, pelakon ini mengambil jalan untuk pandang ke hadapan. Namun begitu, pengalaman yang lalu banyak membantunya dalam menjiwai watak yang dipegang. Kongsi Ira lagi, dia menerima maklum balas yang sangat positif daripada penonton sehingga ada yang bertanyakan pada nya mengenai tips rumah tangga .

“Ramai peminat yang menghantar pesanan ‘Direct Message’ (DM) dekat Ira bertanyakan soal hubungan dalam rumah tangga di mana suami ada wanita lain kerana impak watak Fika dalam drama Jangan Benci Cintaku itu. Walaupun watak saya berbeza, namun saya gembira untuk membalas dan berkongsi tips yang saya ketahui.

Zahirah ditemui di pada majlis perlantikannya sebagai duta produk Meeracle di Kuala Lumpur semalam. Tahniah diucapkan atas pencapaian ini!