Sebelum ini kami pernah melaporkan dimana penyanyi remaja popular, Wani kini tampil dengan single terbarunya yang berjudul Pendusta Cinta. Menariknya lagi, kali ini Wani buat pertama kalinya dilihat telah menari dalam muzik video nya itu dan mendapat reaksi dari Da’i Luqman yang menganggap Wani seperti mencemarkan imej wanita muslim.

Wani Terima Segala Komen Secara Terbuka 

Sudah menjangkakan perkara seumpama ini akan berlaku, bagi Wani dia menerima segala komen secara terbuka mengenai percubaan pertamanya ini. Tambah penyanyi yang berusia 21 tahun ini lagi, dia menjelaskan bahawa tariannya itu tidaklah terlalu teruk dan hanya sekadar tarian biasa mengikut rentak lagu.

Da’i Luqman Masih Terkilan

Meskipun menerima segala komen dengan terbuka apatah lagi selepas ditegur, Da’i Wan masih lagi terkilan dengan Wani. Semuanya selepas Wani menjelaskan perkara yang sebenar dan menganggap lagu itu tanpa tarian seperti sesuatu yang ‘kosong’.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, terima kasih @wanimusic kerana menerima teguran chaq dengan hati yang terbuka. Teguran bukan untuk menjatuhkan kredibiliti anda sebagai seorang penyanyi, namun teguran itu semata-mata untuk menjaga keharmonian dan martabat seorang wanita Islam __ Namun, chaq agak tidak bersetuju dengan komen adik Wani berkaitan, "Kalau diam saja (tanpa menari) mesti bosan" tersebut. Bayangkan dik, kalau hal berkaitan suara dan aurat seorang wanita sudah wujudnya khilaf 'ulama, sehinggakan ada sebahagian 'ulama yang berpendapat Haram bagi seorang wanita untuk melunakkan suara di hadapan seorang lelaki ajnabi. Inikan pula menari di hadapan khalayak ramai? Tambahan pula anda seorang Muslimah bertudung, bukankah itu akan mendatangkan fitnah kepada wanita bertudung lainnya? __ Mungkin tarian itu tidaklah serancak tarian2 lain yg ada di luar sana. Namun bayangkan, video anda disaksikan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah atau tadika. Dan tidak mustahil suatu masa nanti mereka ini jugak akan meniru-niru tarian adik di sekolah-sekolah. Adakah budaya sebegini yang ingin kita terapkan di kalangan generasi yang akan datang? __ Contohi penyanyi2 wanita bertudung yang lain. Mereka berdiri atas sekadar bakat nyanyian, tanpa sebarang langkah tarian mengasyikkan __ Kembalilah seperti Wani yang dulu __ 🎵🎶Ku bersyukur Alhamdulillah🎶🎵 🎵🎶Ku beruntung Alhamdulillah🎶🎵 🎵🎶Wajburni Alhamdulillah 🎶🎵 🎵🎶Selama-lamanya🎶🎵 __ Semoga bermanfaat __ P/s : Jazakumullahu Khairan Kathira buat pihak @hmetromy kerana peka akan hal ini. Semoga menjadi saham pahala buat kita bersama

A post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on

Jelas Da’i Luqman menerusi Instagram nya,dia menegaskan sebenarnya tingkahlaku penyanyi itu menari dikhalayak ramai sebenarnya adalah sesuaty yang haram. Tambahnya lagi sebagai seorang Muslimah bertudung, perkara seumpama itu hanya akan mendatangkan fitnah kepada wanita bertudung yang lain.

Lagu keenam Wani yang berduet dengan Waris itu adalah ciptaan DJ Fuzz, Hez Hazmi dan Wani sementara lirik oleh DJ Fuzz, Hez Hazmi, Wani dan Waris.

Artikel SebelumnyaZahirah MacWilson Gembira Dikecam Meskipun ‘Pedih’
Artikel SeterusnyaGempar! Kereta Ferrari Milik Aliff Syukri Musnah Terbakar
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress