Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil sememangnya dikenali sebagai seorang yang ceria dan peramah. Jarang sekali kita mendengar selebriti ini marah dan mengamuk akan sesuatu bukan?

Pak Nil Mengamuk!

Itulah yang terjadi semalam apabila Pak Nil mengejutkan ramai peminat di Instagram apabila dia dilihat memuat naik sebuah kenyataan yang berbaur amarah. Malah dia turut meamki hamun yang ditujukan buat seseorang sekaligus membuatkan peminat membuat spekulasi siapakah yang dimaksudkannya.

Emosi Kerana Drama Jangan Benci Cintaku

Setelah diteliti, rupa-rupanya Pak Nil mengamuk disebabkan drama Jangan Benci Cintaku yang kini sedang ditayangkan di TV3. Drama yang kini trending di media sosial itu dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun.

View this post on Instagram

Mengundang maki!

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Bukan sahaja penonton yang beremosi malah Pak Nil juga turut terkesan dengan watak-watak pelakon ini. Tahniah diucapkan untuk seluruh produksi drama ini dan kepada Pak Nil, bersabar ya!

Artikel SebelumnyaGempar! Kereta Ferrari Milik Aliff Syukri Musnah Terbakar
Artikel SeterusnyaWow! Ini Adalah 3 Pelakon Baru Filem Charlie’s Angels
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress