Hello Charlie! Setelah 15 tahun peminat tidak mendengar ayat keramat ini, nampaknya kita bakal lihat tiga ejen wanita yang dikenali sebagai Charlie’s Angels kembali pada layar perak.

Tampilkan Tiga Pelakon Baru

Jika sebelum ini watak tiga ejen tersebut diisi oleh Cameron Diaz, Lucy Liu dan Drew Barrymore kali ini untuk Charlie’s Angels 3 ianya bakal diisi oleh pelakon yang baru. Perkenalkan bintang Twilight, Kristen Steward,Naomi Scott dan Ella Balinska sebagai The Angels. Lebih manis, pengarah filem ini iaitu Elizabeth Banks juga akan berlakon dan memegang watak sebagai Bosley yang sebelum ini digambarkan sebagai seorang lelaki dalam dua sirinya terdahulu.

BACA  X-Men, Deadpool & Fantastic Four Kini Milik Marvel Studios Dan Disney!

Bakal Temui Penonton Pada September 2019

Untuk anda yang tertanya bilakah filem ini akan ditayangkan, aksi hebat mereka bakal dipertontonkan pada September 2019.

Walau bagaimanapun tajuk filem untuk siri ketiga ini masih lagi menjadi rahsia. Rasanya ramai diantara anda yang tidak sabar untuk melihat filem ini bukan? Adakah ianya setanding dengan ejen terdahulu? Sama-sama kita nantikan!