Gambar yang dimuat naik oleh pelakon yang berbakat besar, Nabila Huda telah menarik perhatian peminat dengan memuji kulitnya yang cantik dan licin. Namun tidak kurang ada juga yang mengecam cara pemakaian Nabila yang kelihatan seakan-akan perempuan akhir zaman.

Tidak cukup dengan itu, ada seorang netizen telah bertanya apakah fesyen yang digayakan oleh Nabila tetapi Nabila membalas dengan ayat yang sangat sarkastik.

“Fesyen apakah?” tulis salah seorang netizen

“Fesyen makcik kau punya laki,” balas Nabila.

Terdapat juga netizen yang tidak bersetuju apabila fesyen Nabila itu dipertikai kerana skaf di kepalanya itu bukan tudung atau hijab. Sebaliknya, jelas mereka, Nabila hanya bergaya klasik persis wanita ketika berada di era P. Ramlee dan Saloma.

Sumber : IG Nabila Huda