Kenyataan mengejutkan datang dari pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida, yang mengungkapkan jika suaminya diperbolehkan untuk menambah isteri lagi atau dimadu.

Hal ini diungkapkan Umie menerusi Instagramnya di mana dia rela jika ingin dijadikan isteri kedua.

“Pagi ni me bangun tido .. tetiba me cakap kat abg.. jgn buat perkara tak elok , kalau nak terus kahwin. Me izinkan. Terkejut beruk abg.. dia ckp me merepek ! ? me ckp me tahu me bukan isteri yg sempurna. Hmm.. entahlah .. kenapa & mengapa me bole ckp begitu. ??‍♀️ tapi YES .. me izinkan.. dan me nak abg tahu itu. Mood gerhana bulan kot.. ” katanya di Instagram

Namun benarkan ini keinginan dari dalam hati Umie? Wanita mana di dunia ini yang mahu dimadu? Jangan silap, ramai selebriti Malaysia yang memilih menjalani rumah tangga dengan berpoligami. Meskipun beberapanya gagal mempertahankan dan harus memilih salah satu, tapi menjalani hidup berpoligami di dunia artis merupakan sebuah kenyataan.

BACA  Amelia Henderson Menang Anugerah Di Korea!

Umie bernikah dengan ahli politik Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua darinya pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah. Pernikahan dan perkahwinan ini mendapat liputan meluas media termasuk majlis resepsinya yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama.

Sumber IG Umie Aida