MV Terbaru Hael Husaini Tonjolkan Pesona Wanita Gemuk & ‘Mak Nyah’

3.0K

Tertarik dengan muzik video lagu ‘Hajat’ nyanyian Hael Husaini yang menjadi trending sejak dilancarkan semalam menerusi laman YouTube. Lebih menarik, video itu turut menampilkan lakonan mantap dari dua pelakon comel Sherry Alhadad dan Dotty. Namun paling menjadi bualan hangat netizen adalah kemunculan istimewa Happy Polla dari Thailand sekaligus ia menentang diskriminasi terhadap wanita bersaiz besar atau gemuk.

Instafamous Happy Polla


Happy Polla menjadi sensasi di internet kerana video dan fotonya yang ditampilkan sering menarik puluhan ribu pengguna internet. Khabarnya, Happy Polla ini popular di seluruh Asia Tenggara, dia selalu mengambil foto dengan latar belakang dalam rumah atau di pinggir sungai atau di kaki gunung.

View this post on Instagram

What happened to my first date?!

A post shared by Happy Polla (@polla_thai) on

Karena rupa dan potongan badannya yang “kasar” itu, maka gender dicurigai umum, ada yang dakwa dia dari golongan ‘Mak Nyah’. Betul ke?

Jalan Cerita Begitu Menarik


Cerita dalam muzik video lagu ‘HAJAT’ ini, mengisahkan Hael yang ada ‘Hajat’ untuk mencari pasangan hidup. Disebabkan Hael ni sangat memilih orang nya, jadi pelbagai dugaan yang ditempuhnya setiap kali dia didampingi pasangan yang di kenalinya.

Akhirnya Hael bertemulah dengan pilihan hatinya tapi sayang, seribu kali sayang, oleh kerana Hael terlampau memilih sangat, orang yang dipilihinya tu ialah orang yang salah. Nasib baiklah kejadian ini bukannya realit tapi fantasi saja sebab rupa-rupanya, dalam muzik video lagu ‘HAJAT’ hanyalah sedang bermimpi sahaja.

Lagu dan muzik video ini telah membuktikan yang walaupun badan gemuk, dan tak kurus macam orang lain, tapi masih boleh menjadi cantik seperti orang lain. Apa-apa pun lagu ni terbaik. Sekali dengar terus terpikat.