Terharu rasanya! Kasih sayang isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida terhadap anak-anaknya tak pernah pudar.

IKLAN

Shahida telah berkongsi beberapa posting menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini mengenai perkembangan anaknya.

Menurut Shahida , dia terpaksa membawa Ammar untuk buat pembedahan mata kerana sejak dia dilahirkan memang terlihat mata Ammar sedikit juling. Pada mulanya Shahida fikir ia hanya juling air namun ia semakin ketara selepas Ammar semakin dewasa.

BACA  2 NGO Lapor Polis! Ini Reaksi Mimi Fly Terhadap Perbuatan Aliff Syukri

Katanya lagi, dia bersyukur dengan kecanggihan teknologi perubatan zaman sekarang mata juling yang di alami oleh boleh dibetulkan menerusi pembedahan.

Rawatan Mata Juling


Menurut satu kajian perubatan dari USM, masalah mata juling berlaku apabila salah satu mata memandang lurus manakala satu mata lagi tersasar sama ada juling ke luar, ke dalam, ke atas atau ke bawah. Masalah ini disebabkan oleh ketidakseimbangan antara dua otot yang memegang bola mata.

BACA  [VIDEO] Nur Sajat Hadiri Acara Karpet Merah Miss Universe 2018

Kesedaran mengenai masalah rawatan mata juling perlu disebarkan kepada masyarakat supaya mereka yang mempunyai masalah ini dapat dibantu untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.