Seorang gadis muda dari New Jersey telah didakwa beberapa minggu lalu kerana menggodam akaun e-mel kepunyaan penyanyi popular, Selena Gomez.

IKLAN

Gadis itu juga telah mencuri data hak milik Selena, lapor Los Angeles Department di dalam satu press release. Susan Antrach, 21 tahun telah didakwa dengan lima kesalahan pencurian identiti, lima kesalahan memasuki dan menggunakan data komputer untuk melakukan penipuan atau mengawal atau mendapatkan wang, harta atau data, serta satu kesalahan memasuki dan menggunakan data komputer atau mengambil dokumen sokongan tanpa kebenaran.

Page Six melaporkan antara Jun 2015 hingga Februari 2016, e-mel Selena telah digodam beberapa kali, dan pada ketika itulah Susan didakwa telah mencuri beberapa data kepunyaan pelakon ini dan menyimpannya untuk dimuat naik kemudian.

BACA  Justin Bieber Jawab Tuduhan Hailey Baldwin Pernah Tidur Dengan Shawn Mendes

Pada tahun 2017, gambar bogel Justin Bieber telah dimuat naik ke akaun Instagramnya, dan akaunnya tidak aktif buat seketika. Apabila diaktifkan semula, foto-foto tersebut telah hilang. Foto-foto tersebut diambil ketika percutian ke Bora-Bora pada tahun 2015, di mana sesuai dengan masa apabila e-mel Selena telah digodam. Jika didapati bersalah, Susan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sembilan tahun.

Sumber : Page Six