Tidak dinafikan rumah kebanyakan selebriti tempatan menjadi contoh dan inspirasi buat netizen diluar sana. Baik dari segi perabot mahupun dekorasi segalanya menjadi ikutan mereka.

Nur Sajat Ubah Suai Rumah Cecah RM700 ribu


Ini termasuklah rumah milik usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman. Umum mengetahui banglo 10 bilik yang didiami Nur Sajat atau lebih dikenali Sajat dahulunya milik rakan baiknya, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum dibeli usahawan itu tahun lalu.

Seperti individu lain, Sajat turut ingin mengubahsuai rumahnya itu dengan sentuhannya sendiri. Lantaran itu, Sajat mengambil keputusan untuk mengubah suai dekorasi rumahnya itu yang menelan perbelanjaan kira-kira hampir RM700 ribu secara keseluruhannya.

Cermin Gergasi Jadi Perhatian


Dalam pelbagai dekorasi yang diubahsuainya itu, ramai yang tertarik dengan cermin hiasa bersaiz gergasi yang baru sahaja disiapkan. Berapakah harganya pula? Menurut Sajat, kos buatan cermin itu telah menelan belanja sebanyak RM50 ribu.

Berdasarkan carian kami, kebanyakan perabot rumah pelantun lagu Makhluk Penggoda itu dibelinya di Palace Aliff Syukri. Yang pasti rumah Sajat juga kini boleh dikenali sebagai Palace Sajat bukan?

Artikel SebelumnyaAmelia Henderson Jawab Tuduhan Bekas Suami Seperti Sampah
Artikel SeterusnyaDidakwa Hina Wakil Fazura Atas Pentas, Faezah Elai Jawab Tuduhan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress