Tahniah diucapkan buat Abby Abadi dan keluarga yang dikhabarkan telah menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga mereka. Jika pada bulan lalu, Abby telah mengambil seorang bayi lelaki, Muhammad Daiyan Fayyadh sebagai anak angkat mereka, baru-baru ini Abby dimurahkan rezeki dengan menerima seorang lagi anak angkat.

Dayana Anak Angkat Kedua Abby Dan Suami


Berita gembira itu telah dikongsi Abby menerusi Instagram nya di mana anak angkat keduanya itu adalah seorang bayi perempuan dan dikenali sebagai Dayana. Malah menurut Abby juga perbezaan umur Daiyan dan Dayana hanyalah selang sebulan. Abby sebelum ini mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim.

Wujudkan Instagram Daiyan Dan Dayana


Sudah pasti Abby dan keluarga begitu gembira dengan kehadiran bayi-bayi comel ini sebagai pelengkap kebahagiaan mereka. Malah bagi berkongsi wajah comel Daiyan dan Dayana, Abby telah mewujudkan satu akaun Instagram bayi-bayi ini bagi tatapan para peminat.

Selain memohon tidak menuduh tuduhan yang melulu, Abby juga turut meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah ya Daiyan dan Dayana!

Gambar Instagram Daiyan & Dayana 

Artikel SebelumnyaDidakwa Hina Wakil Fazura Atas Pentas, Faezah Elai Jawab Tuduhan
Artikel Seterusnya[REVIEW] Mission Impossible: Fallout Tampilkan Aksi Berani Mati Tom Cruise!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress