5 Fakta Menarik Disney’s Christopher Robin & Menang Hadiah Eksklusif

155

Disney’s “Christopher Robin” adalah filem komedi drama fantasi Hollywood yang diarahkan oleh Marc Forster. Filem ini mengambil inspirasi dari buku A. A. Milne dan E. H. Shepard, Winnie-the-Pooh.

Kisahnya ditonjolkan pada Disney’s “Christopher Robin”, anak kecil dari kisah-kisah Winnie-the-Pooh, yang kini sudah makin dewasa dan kehilangan kekuatan imaginasinya. Pooh dan teman-temannya dari Hundred Acre Wood pun datang ke kehidupan Christopher untuk membantunya mendapatkan kembali imaginasinya yang hilang.

Fakta-fakta menarik di balik filem Disney’s “Christopher Robin”:

  1. Jim Cummings sudah mengisi suara Winnie the Pooh dan Tigger dalam karya-karya Disney, masing-masing sejak tahun 1988 dan 1989 .
  2. Aktor Ireland, Chris O’Dowd, awalnya diumumkan akan mengisi suara Tigger, namun kerana suatu alasan dia digantikan Jim Cummings, aktor yang sudah mengisi suara Tigger selama 20 tahun lebih bersama Winnie the Pooh.
  3. Watak Pooh dan teman-temannya sengaja direka sedemikian rupa untuk mengingatkan pada penampilan animasi dan boneka-boneka asli mereka yang menginspirasi perjuangan mereka.
  4. Sebelum meninggal dunia, komposer Jóhann Jóhannsson awalnya akan menggarap muzik filem ini.
  5. Brad Garrett sudah 15 kali menjadi pengisi suara di film-film Disney.
  6. Filem Disney’s “Christopher Robin” berbeza dengan film Goodbye Christopher Robin (2017) yang menceritakan awal mula Winnie the Pooh dan Hundred Acre Wood. Christopher Robin sepenuhnya adalah kisah fiksyen.

7.Dustin Hoffman, Alan Tudyk, dan Martin Short semuanya pernah dipertimbangkan untuk mengisi suara Tigger
8. Aktres Gemma Arterton dipertimbangkan untuk diperanankan isteri Christopher, Evelyn, namun dia kemudian memutuskan tidak mengambil peranan tersebut.
9. Jim Cummings dan Brad Garrett adalah satu-satunya aktor Amerika di filem ini, seluruh pemain lainnya berasal dari England.

Menang Barangan Eksklusif Disney’s “Christopher Robin”


Kami di Hangat.com dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan barangan merchandise edisi terhad dari filem Disney’s “Christopher Robin” untuk pembaca seperti gambar di bawah.

Nak tahu caranya? Mudah jer, ikuti langkah berikut dan anda mungkin adalah pemenangnya.

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Muatnaik naik poster filem Disney’s “Christopher Robin” dan sertakan sebab kenapa anda suka dengan filem ini di Instagram anda dan jangan lupa hashtag #HangatChristopherRobin #ChristopherRobinMY dalam posting anda.
  • Kongsi siaran instagram anda di Facebook (jangan lupa hashtag dan tambah interaksi facebook)
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga  16 Ogos 2018.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad dan hadiah perlu diambil di pejabat kami sebelum 31 Ogos 2018. Tuntutan hadiah selepas tarikh ini tidak dilayan.

Sumber Screenrant,  InsidethemagicDailyedge, Filmmusicreporter,