Mia Khalifa, bekas bintang filem lucah dari Lebanon, muncul dengan berita mengejutkan. Dia bernasib tidak baik saat sedang menonton pertandingan hoki sekitar dua bulan lalu.

Mia Khalifa dihentam oleh puck atau bola hoki ketika perlawanan sedang berlangsung. menurut laporan dari Mirror, Isnin (30/7/2018), ketika kejadian itu dia sebenarnya duduk di sebalik penghadang kaca. Tetapi bola hoki tersebut meluncur menerusi bahagian atas penghadang dan terus menghentam dadanya.

Kejadian tak terduga ini tentu membuat Mia Khalifa trauma. Dia menceritakan kembali kejadian ini dalam sebuah wawancara dengan Daily Star Online.

“Saya memegang dada dan tak mahu melepaskannya, kerana dapat rasa darah berceceran ke mana-mana,” tutur wanita yang kini memang telah beralih profesi menjadi koresponden berita sukan tersebut.

Untungnya, ia tak benar-benar berdarah. Namun hantaman bola ini memberikan satu impak lain di tubuhnya.

“Payudara bahagian kiri saya jadi sedikit kempis sekarang dan saya akan jalani pembedahan semula pada tahun depan,” katanya.

Peristiwa yang terjadi dua bulan lalu ini juga dimuat naik di Instagram peribadi miliknya.

“Bola hoki menghentam dada ketika perlawan dan saya 80 peratus yakin hal ini membuatkan implan di Payudara pecah,” tulisnya dalam kapsyen fotonya.

Namun Mia Khalifa masih boleh tersenyum meskipun baru menghadapi nasib malang ini.

“Tapi menariknya, saya berjaya dapatkan bola hoki yang digunakan di pertandingan itu,” tambahnya.

Sumber DailyStarMirror

Artikel SebelumnyaSambungan Kisah Cinta Isteri Anuar Zain Didedahkan Oktober Ini
Artikel SeterusnyaTerkantoi Hamil! Julia Ziegler Pecah Rahsia Amyra Rosli
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.