Seperti artikel kami terdahulu, ramai selebriti dikhabarkan menimang cahaya mata pada tahun ini. Malah tidak kurang juga yang telah hamil.

Julia Ziegler Dedah Amyra Rosli Kini Hamil Anak Kedua?


Terbaru, pelakon Amyra Rosli dikhabarkan kini sedang hamil anak keduanya. Tidak pasti adakah ianya betul mahupun spekulasi semata-mata. Namun berita baik itu telah dikongsi oleh rakan selebriti nya, Julia Ziegler menerusi Insta-story nya. Akan tetapi perkongsian tersebut tidak lagi kelihatan di Instagram kedua-dua pelakon berkenaan.

Nampak Seri Ibu Mengandung


Menurut Julia, dia terserempak dengan Amyra disebuah lokasi dan turut bergambar bersama. Malah Julia juga memuji wajah Amyra yang kelihatan berseri persis wajah ibu yang sedang hamil.

Terdahulu, Amyra dan suaminya, Amar Baharin mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang bernama Aqeef Anaqi. Adakah benar khabar gembira tersebut? Sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.

Artikel SebelumnyaPayudara Pecah? Bintang Porno, Mia Khalifa Kongsi Detik-detik Cemas
Artikel SeterusnyaNur Sajat, Aliff Syukri & Lucinta Luna Bakal Hasilkan Lagu Duet
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress