Masih segar dalam ingatan kami mengenai drama Dunia Baru di mana ramai pelakon yang berbakat termasuk Iqram Dinzly merupakan pelakon-pelakon yang membintangi drama tersebut.

Iqram Kembali Berlakon


Malah selepas ‘peristiwa hitam’ yang melibatkan aktor itu, dia dikatakan tidak lagi terbabit dengan mana-mana penggambaran drama mahupun filem.

Namun begitu, selepas dua tahun tidak berlakon, Iqram kembali ke set penggambaran dengan semangat yang baru. Perkongsian itu dibuat Iqram menerusi Instagram nya malah turut menzahirkan rasa terharu setelah ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik setelah kembalinya dalam industri ini.

Tampil Lebih Kacak


Bukan itu sahaja, Iqram juga dilihat sudah berambut pendek dan kemas jauh lebih kacak dari penampilannya sebelum ini.

BACA  Iqram Dinzly Nekad Bersara Dari Dunia Lakonan Setelah Diisytiharkan Muflis?

Rata-rata peminat memuji serta gembira dengan perubahan yang dilakukan oleh Iqram. Rasanya ramai yang tidak sabar untuk melihat ‘comeback’ Iqram ini bukan?

Artikel SebelumnyaPelakon Drama ‘Nur’ Cedera Akibat Kemalangan Jalan Raya
Artikel Seterusnya[VIDEO] Konsert Di Malaysia Dibatalkan! Kumpulan Twice Menangis
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress