Baru-baru ini tular di media sosial dimana peminat artis berkumpulan Korea terkenal, Twice di Malaysia meluahkan rasa marah dan kecewa mereka pada penganjur selepas dimaklumkan konsert artis K-Pop itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

Dibatalkan Kerana Faktor Keselamatan


Menerusi laman Faceook mereka, pihak penganjur telah memuat naik sebuah kenyataan dengan mengatakan konsert itu terpaksa dibatalkan. Menurut penganjur, konsert itu terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan selepas mengambil kira segala risiko yang melibatkan artis dan peminat-peminat.

Ahli Kumpulan Menangis, Peminat Iring Sehingga Ke KLIA


Begitu ramai yang kecewa apatah lagi setelah sekian lama mereka menanti kumpulan kesayangan mereka itu datang ke tanah air namun dibatalkan pada saat akhir. Malah hingga ‘ke akhir’ ratusan peminat berkumpul dan mengiringi Twice ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke Korea Selatan.

Turut dilihat ada diantara ahli kumpulan tersebut mengalirkan air mata barangkali kerana kecewa atas pembatalan konsert tersebut dan juga terharu dengan sokongan peminat mereka di Malaysia.

Twice dianggotai oleh Nayeon, Jeongyeon,Momo, Sana, Jihyo,Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu. Harga tiket konsert itu dilaporkan bermula antara RM388 hingga RM688.

Sumber  Twice Malaysia