Sebelum ini ramai yang memperkatakan mengenai Yang Berhormat Syed Saddiq sebagai Menteri paling muda di Malaysia yang kini memegang portfolio Menteri Belia Dan Sukan.

Shamma Al Mazrui Dilantik Menjadi Menteri Di Usia 22 Tahun


Namun kini, pandangan dunia tertumpu pada Shamma Al Mazrui yang memegang rekod dunia sebagai Menteri paling muda di dunia. Meskipun usianya kini menginjak 24 tahun, setahun lebih muda dari Saddiq, namun Shamma terlebih dahulu memegang rekod berkenaan dua tahun yang lalu apabila dilantik menjadi menteri di Arab Saudi tatkala usianya baru mencecah 22 tahun. Ketika itu, dia menjawat jawatan sebagai Menteri Kebahagiaan.

BACA  Sam Asghari Rindukan Britney Spears Yang Berada Di Pusat Pemulihan?

Beauty With Brain

Meskipun masih muda, Shamma yang dibesarkan di Abu Dhabi merupakan pemegang Bachelor of Arts dalam bidang Ekonomi dari New York University Abu Dhabi dan memperoleh Master dalam Masters of Public Policy dari University of Oxford pada 2015. Lebih membanggakan, beliau merupakan lulusan pertama dari Tanah Arab yang meraih tajaan dari Rhodes.

Dikenali sebagai seorang yang sentiasa merendah diri dan bijak berkata-kata, kini secara rasmi nya nama Shamma tersenarai dalam Guiness Book of World Records 2018 menggantikan Sebastian Kurz Menteri Austria dia usia 27 tahun dan Aida Hadzialic Menteri Swedia yang memperoleh pengiktirafan itu ketika berusia 26 tahun.

BACA  Tahniah! Nabil & Isteri Timang Cahaya Mata Ketiga

Sumber Wikipedia