Sejak kebelakangn ini terlalu banyak spekulasi dan andaian tentang hubungan penyanyi muda Tajul dengan kekasihnya.

Ia bermula selepas tersebarnya video di media sosial apabila penyanyi Tajul dikatakan mengaku secara terbuka bahawa sudah ada isteri.

Foto: Harian Metro

Namun Tajul atau atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari menafikan mengenai perkara berkenaan dan berharap para peminat tidak salah faham mengenainya.

Detik-detik Perkenalan


Bertanya mengenai buah hatinya itu, Tajul secara terbuka telah berkongsi detik-detik perkenalan bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie. Dipetik dari satu temubual eksklusif bersama Kosmo baru-baru ini, Tajul mendedahkan bahawa dia mengenali Syamieza sejak di bangku sekolah lagi.

“Maaf saya tidak dapat memperincikan mengenai identitinya tetapi kami telah lama berkenalan. Kami saling berhubung menerusi Facebook dan mula mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah.”

Dedah Rahsia Peribadi Kekasih


Tajul berkata, mereka mula menjalinkan hubungan dengan lebih serius setelah tamat sekolah menengah. Difahamkan Syamieza tinggal di Kuala Lumpur berhampiran dengan rumah bapa saudara Tajul jadi ini membuatkan pasangan ini mudah untuk berhubung.

Dalam masa yang sama, Tajul turut mendedahkan rahsia peribadi kekasihnya dengan memuji sikap Syamieza yang tidak sesekali mengongkong kehidupannya yang bergelar selebriti malah dia sangat memahami sepanjang perkenalan.

Bertanya mengenai rancangan untuk bernikah, ini jawapan Tajul;

“Tidak dinafikan dia sudah bersedia untuk berumah tangga tetapi saya menasihatinya agak bersabar terlebih dahulu.”

Bagi Tajul dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kerana mahu menumpukan perhatian kepada karier seninya. Walaubagaimanapun, Tajul berasa syukur, kerana Syamieza memahami kerjayanya dan mahu menunggu waktu yang sesuai sebelum bersedia untuk berkahwin.

Sumber Kosmo

Artikel Sebelumnya5 Fakta Menarik Disney’s Christopher Robin & Menang Hadiah Eksklusif
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Zul Ariffin Kantoi Berduaan Dalam Hotel Dengan Gadis Ukraine?
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.