Bagi anda yang mengikuti perkembangan Zul Ariffin, pastinya tahu pelakon kacak ini sering kali berulang alik ke Pulau Phuket menjalani latihan seni mempertahankan diri popular Thailand, Muay Thai. Malah beberapa gambar latihannya di sana turut dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Bercinta Dengan Gadis Ukraine?


Namun begitu, sejak semalam kecoh di media sosial apabila netizen membuat spekulasi dengan menunjukkan beberapa gambar yang mengatakan bahawa Zul ini sedang hangat bercinta dengan seorang gadis cantik dari Ukraine yang kononnya turut berada di negara jiran itu. Malah beberapa suntingan komen Zul di akaun Instagram gadis yang dikenali sebagai Tanya Glembotska itu turut hangat diperkatakan.

BACA  Bikin Gadis Tergoda! 10 Foto Seksi Zul Ariffin Di Latihan MMA

Kantoi Berdua-duan Dalam Bilik Hotel?


Dalam perkembangan lain, menerusi posting yang sama juga netizen turut memperkatakan mengenai gambar susuk seorang lelaki berbadan tegap yang dipeluk Tanya. Rata-rata netizen terus mempersoalkan adakah lelaki tersebut adalah Zul kerana susuk badannya hampir sama seperti lelaki dlaam gambar tersebut.

Malah tidak kurang juga yang menimbulkan isu berdua-duaan sambil berpelukan di dalam hotel tersebut. Adakah benar mereka berdua ini pasangan kekasih? Sehingga kini tiada penjelasan lanjut dari pihak Zul dan kemungkinan akan dijawabnya dalam masa terdekat ini.

Sumber: Twitter