Sejak kebelakangan ini begitu banyak isu barang tiruan melibatkan para selebriti hangat diperkatakan. Malah ada juga sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan nama baik selebriti dengan mendedahkan kebanyakan barang berjenama mewah yang mereka pakai adalah tiruan.

Vivy Yusof Tidak Sangka Ada Pihak Sanggup Pakai Telekung Tiruan


Isu tersebut turut terpalit pada usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof yang rasa ‘terpanggil’ untuk menghuraikan isu berkenaan setelah mendapati jenama tudungnya, Duck Scarves turut dieksploitasi sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Jelas Vivy menerusi Insta Story nya, koleksi produk keluaran syarikatnya mempunyai ‘trademark’ tersendiri selain mendedahkan beberapa produk tiruan syarikatnya.

Malah menerusi posting yang sama, Vivy memberitahu sebagai seorang wanita, mereka memakai tudung adalah tuntutan agama, jadi menjadi muslimah yang baik dengan tidak menyokong pada barangan tiruan seumpama itu. Tambahnya lagi. dia juga tidak menyangka ada sesetengah pengguna yang sanggup memakai telekung tiruan.

Netizen Anggap Vivy Permainkan Isu Sensitiviti Agama


Melihatkan pada kenyataannya itu, ternyata kebanyakan netizen tidak berpuas hati dan menganggap Vivy seperti menyentuh isu sensitiviti agama sehingga tular di media sosial. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mendakwa produk Vivy yang harganya dikira sebagai terlalu mahal antara punca mengapa kebanyakan pengguna lebih gemar dapatkan sesuatu produk yang jauh lebih murah.

Tidak melatah dengan isu tersebut, Vivy turut menjelaskan kembali mengenai kenyataanya sebelum itu dan menyerahkan pilihan tersebut terletak pada pengguna sendiri. Jadi apa pula pendapat anda? Pakai sesuatu yang berjenama ataupun sekadar mencari sesuatu yang jauh lebih murah?

Sumber : instagram Vivy Yusof 

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Zul Ariffin Kantoi Berduaan Dalam Hotel Dengan Gadis Ukraine?
Artikel SeterusnyaSharnaaz Ahmad Dedah Ramai Selebriti Malaysia Pakai Barangan Tiruan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress