Minggu ini kecoh memperkatakan mengenai hubungan Zul Ariffin dengan seorang gadis Ukraine dimana beberapa gambar bukti perbualan mereka tersebar luas di media sosial. Malah gadis tersebut yang dikenali sebagai Tanya Glembotska turut berada di Phuket Thailand, lokasi di mana pelakon ini turut berada menjalani latihan Muay Thai.

IKLAN

Zul Ariffin Mengaku Kenal Tanya


Tidak mengambil masa yang lama untuk menjelaskan hal tersebut, pelakon Hantu Kak Limah ini tampil menjawab segala spekulasi yang timbul.

“Tak ada lah, mana ada. Saya bercutilah, saya pergi training. Tak ada apapun, saya tiada komen berhubung perkara itu. Ya, saya kenal wanita itu di sana ketika menjalani latihan bersama-sama. Saya layan dia seperti orang lain. Benda mudah, kalau saya berkata sesuatu orang akan meletakkan pelbagai tanggapan dan menghukum saya, perkara baik atau buruk tak membezakan apa-apa”

Menurut Zul, dia mengenali Tanya ketika sama-sama menjalani latihan seni mempertahankan diri Muay Thai. Namun begitu, dia sama sekali tidak mengiyakan mahupun menafikan bahawa kini mereka mempunyai hubungan yang istimewa.

BACA  Krisdayanti Kini Bergelar Ahli Politik! Bakal 'Rebut Kerusi' Parlimen Malang Raya

Enggan Bercerita Hal Peribadi


Bagi Zul, dia lebih gemar mengambil jalan mudah untuk hanya berdiam diri dan enggan berceritakan kisah peribadinya kepada umum. Malah dia tidak kisah jika peminat diluar sana membuat sebarang spekulasi kerana komen daripadanya hanya akan menimbulkan pelbagai tanggapan lain pula.

“Jadi saya hanya biarkan apa yang mereka hendak fikirkan dan akan terus berdiam diri sebab kalau saya komen kiri atau kanan tak ada bezanya. Mereka tak tahu apa-apa jadi mereka akan terus membuat pelbagai tanggapan”

Jika benar mereka sedang menjalinkan hubungan, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka!

Sumber : Astro Gempak