Awal tahun ini, program realiti popular Mentor menerusi versi Otai telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Protege kepada Misha Omar, Elvira muncul sebagai juara.

4 Penyanyi Popular Dalam Mentor 7


Kini, Mentor kembali lagi dengan berbalik kepada format yang asal, dibuka untuk mereka yang berusia 18 hingga 28 tahun. Mentor musim ketujuh ini juga dilihat sengit kerana menampikan 4 penyanyi popular sebagai Mentor iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Siti Nordiana dan Hafiz Suip.

Tuah Bakal Berpihak Pada Syafinaz?


Ketika diumumkan senarai Mentor baru-baru ini, netizen terlebih dahulu membuat telahan awal dengan menjangka tuah dan kelebihan banyak berpihak kepada Syafinaz selaku guru vokal dan juga pengalamannya sebagai juri profesional dalam kebanyakan pertandingan nyanyian tanah air.

Kepada anda yang tertanya, Mentor 7 ini bakal bersiaran pada Oktober depan dengan sesi ujibakatnya bakal bermula pada Ogos ini.

BACA  Chris Hemsworth Akhirnya Buka Mulut Soal Karakter Jadi Buncit Di 'Avengers: Endgame'

SumberΒ Β TV3