Nama pelakon Raja Ilya antara yang kami boleh singkapkan sebagai antara pelakon wanita yang berani melakukan pelbagai lagak aksi. Buktinya lihat saja kelincahannya menerusi drama Gerak Khas sehingga menerima tawaran daripada syarikat gergasi Marvel yang kemudiannya ditolak oleh pelakon kini atas sebab-sebab tertentu.

Ditauliahkan Kapten Bersekutu APM


Jika sebelum ini dia terdapat khabar angin mengatakan dia akan membintangi filem Captain Marvel, nampaknya hasrat tersebut seperti telah tercapai apabila Ilya baru sahaja ditauliahkan pangkat sebagai Kapten Bersekutu Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

Sebelum ini, Ilya telah diberi peluang untuk mengikuti latihan dan kursus menjadi pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM). Segalanya bermula apabila pengarah filem Ahmad Idham dan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof yang mengajaknya memasuki kursus berkenaan dan turut berterima kasih kepada mereka sehingga menerima penganugerahan tersebut.

Adam Shahz Dan Maznah Zolkifli Turut Ditauliahkan


Selain Ilya, pelakon Adam Shahz turut menerima pentauliahan dalam majlis yang sama dengan ditauliahkan sebagai Leftenan Bersekutu (PA). Bukan itu sahaja, malah bekas pengacara televisyen Dato Maznah Zolkifli telah ditauliahkan pangkat Mejar Bersekutu dan anggota kumpulan Simfoni, Mohamad Anas sebagai Leftenan Bersekutu. Tahniah diucapkan buat semua!

Sumber MStar Online 

Artikel SebelumnyaHasrat Tercapai! Neelofa & Lady Gaga Jadi Pilihan Starbucks
Artikel Seterusnya[VIDEO] 5 Tahun Sering Ditanya Soal Anak, Begini Jawapan Bijak Alyah
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress