Bukan menjadi perkara pelik bila selebriti popular Malaysia mengambil anak angkat. Tindakan mereka harus dipuji kerana bukan mudah untuk menjaga anak angkat lebih-lebih lagi jika mereka masih bujang atau bergelar ibu tunggal. Apa yang pasti, ia patut dijadikan contoh kerana mereka sanggup membela nasib kanak-kanak yang mungkin ketiadaan ibu bapa.

Hal yang sama yang dilakukan oleh pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima memiliki 5 orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain diambil perkahwinan bersama bekas suaminya Bade Azmi.

Citra Pandai Menjahit


Baru-baru ini Erma telah memuatnaik sebuah video yang mempu meruntun jiwa pengikutnya. Ramai yang tak tahu, sebenarnya salah seorang anak angkat yang dimiliki oleh Erma merupakan anak istimewa. Dikenali dengan nama Citra atau nama penuhnya Citra Bt Abdullah berusia 16 tahun, gadis cantik ini terlihat bersungguh-sungguh menjahit baju sambil ditemani Erma.

Mirip Pelakon Sweet Qistina


Video berdurasi 43 saat yang mendapat lebih 70 ribu tontonan itu telah mendapat perhatian pengikutnya dengan memuji kecantikan Citra mirip seperti pelakon Sweet Qismina. Rata-rata pengikut Erma mendoakan anak syurga ini sentiasa diberi perlindungan, keselamatan, kesihatan yang baik.

Erma Fatima Luah Rasa Bimbang


Menerusi kapsyen dalam video tersebut, Erma meluahkan rasa bimbang dengan masa depan anak istimewa ini jika dirinya sudah tiada lagi.

“Kesungguhan dia yg membuat aku rasa bila aku tiada nanti dia mampu hidup berdikari. #anaksyurgaku”- tulisnya

Citra Merupakan Penerbit Eksekutif 


Jika anda mengikuti drama bersiri Mak Cun atau mana-mana drama yang diterbitkan oleh Erma Fatima,  pasti akan perasan nama Citra Abdullah diletakkan sebagai Penerbit Eksekutif dalam senarai krew produksi di akhir rancangan. Malah nama syarikat produksi milik Erma, Rumah Karya Citra Production diambil sempena nama Citra.

Sumber IG Erma Fatima

Artikel SebelumnyaKeluarga Sahkan Mahadzir Lokman Meninggal Dunia Di Hotel
Artikel SeterusnyaJom Menang Tiket Tayangan Perdana Filem Down a Dark Hall
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.