Ikon televisyen, Datuk Mahadzir Lokman, meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu pagi ini pada usia 61 tahun

Kematiannya disahkan oleh ahli keluarga, menurut laporan dari NSTP.

Adalah difahamkan bahawa kakak Mahadzir, Ida Lokman, sedang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu untuk mengendalikan urusan pengebumian dan membawa pulang mayatnya ke Kuala Lumpur.

Pada bulan September tahun lepas, bekas pemberita dan pengacara terkenal itu pernah dilaporkan kritikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dipercayai akibat komplikasi buah pinggang dan paru–paru. Sebelum ini Datuk Mahadzir Lokman menghidapi diabetes dan darah tinggi.

Takziah buah ahli keluarga. Al- fatihah.

Sumber NSTP

Artikel Sebelumnya10 Tahun Menunggu! Ruffedge Kembali Dengan Single Terbaru
Artikel SeterusnyaSiapa Sangka, Anak Syurga Ini Jadi Penerbit Eksekutif Untuk Erma Fatima
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.