Baru-baru ini, timbul kontroversi mengenai Julia Ziegler yang dikatakan telah ‘memecah rahsia’ kerana mendedahkan kehamilan anak kedua pelakon Amyra Rosli. Namun itu semua hanyalah salah faham kerana pelakon serta model ini disahkan hamil dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Berkongsi berita gembira tersebut, kini usia kandungan Julia Ziegler sudah pun masuk 4 bulan. Tambahnya lagi, kandungannya ini membuat berat badan beliau bertambah sebanyak 10kg.

“Jika diikutkan, sejak trimester pertama hingga sekarang, saya tak berdepan alahan teruk.

“Cuma tak henti makan itu dan ini…. Akhirnya, berat badan saya naik 10 kg. Memang selera makan saya bertambah.

“Saya paling gemar masakan India seperti tosei manakala juadah Thailand seperti tomyam saya tak boleh makan.

“Seperkara lagi, saya jadi ‘hantu’ buah durian. Cuma saya dinasihat usah lupa diri kerana bimbang dengan bayi dikandung,” katanya kepada BH Online.

Julia atau nama penuhnya, Julia Bob Fauzi Ziegler berkahwin dengan jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

“Badan saya macam tiada tenaga… Asyik makan dan tidur saja. Manalah berat badan tak naik.

“Cuma ketika ini, saya lebih bertenaga dan aktif. Saya biasakan diri membuat kerja rumah termasuk memasak.” Kata wanita berdarah kacukan itu

Sempat berseloroh apabila ditanya mengenai dunia lakonan, Julia memberitahu dirinya akan mempertimbangkan tawaran sekiranya ada.

“Kalau telefilem bolehlah dipertimbangkan. Tapi masalahnya, tiada tawaran berlakon pun. Mungkin produksi tak mahu ajak saya berlakon kerana berat badan meningkat.” katanya lagi.

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah, Julia dan suami berserah kepadaNya mengenai jantina bakal anak.

Apa saja rezeki Allah beri, kami terima dengan tangan terbuka. Kami pun tak merancang ingin tahu jantina bakal anak. Biarlah ia jadi kejutan buat masa ini.” tambahnya.

Hangat.com mendoakan agar Julia mengikut segala nasihat doktor dan menjaga kandungan ini sebaik yang mungkin. Dan juga semoga Julia dan suami mendapat anak yang sihat, comel serta dipermudahkan segala urusan. In shaa Allah, aamiin.

Sumber : BH Online

Artikel SebelumnyaJawapan Lucu Fasha Sandha Bila Disoal Bila Nak Kahwin
Artikel SeterusnyaZahirah MacWilson Sindir Bekas Kekasih Kata Playboy?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"