Siapa tidak kenal dengan barisan model terkenal seperti Gigi Hadid, Adriana Lima, Anne V dan ramai lagi yang membawa gelombang baru dalam arena modelling.

IKLAN

Tidak ketinggalan adik kepada bintang realiti televisyen Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner turut menjadikan modelling sebagai kerjaya dalam hidupnya.

Baru-baru ini, hubungan Kendall bersama Harry Styles berakhir dengan sadis sekali. Nampaknya Kendall tidak mengalah dalam percintaan. Terbaru, Kendall Jenner dilaporkan menjalin hubungan dengan atlit Ben Simmons.

Pasangan ini dilihat tidak lagi merahsiakan hubungan mereka. Mereka juga sering dilihat berjalan sama di Los Angeles.

“Kendall dan Ben sudah sering dilihat menghabiskan waktu bersama di Los Angeles, kedua-dua mereka nampak serius,” sumber dipetik majalah People.

Bintang program realiti ini dikaitkan dengan Ben sejak awal tahun ini. Bagaimanapun, model tersebut sebelum ini turut dikatakan mempunyai hubungan dengan adik lelaki Bella dan Gigi iaitu Anwar Hadid. Hmmm.. mana satu pilihan Kendall yang sebenarnya ni???

BACA  Aiman Hakim Ridza Kini Hangat Bercinta Dengan Zahirah Macwilson?

Sumber : People