Profesi sebagai selebriti atau artis memang tidak pernah jauh dari mengumpul harta dan benda mewah seperti memiliki rumah mewah. Terutama bagi artis yang sudah melebarkan sayap hingga ke peringkat antarabangsa.

Memang tidak mudah untuk menempatkan nama sebagai artis di Malaysia. Selain persaingan yang ketat, perjalanan kerjaya dari bawah harus bermula dengan susah payah. Namun akhirnya berjaya juga memiliki aset sendiri seperti rumah mahupun kondominium.

Jadi, siapa saja artis-artis Malaysia dengan kekayaan kondominum mewah dan properti hingga mencecah jutaan ringgit! Jom bersiap sedia untuk terpukau dengan rumah mewah artis berikut ini:

Siti Sarah & Shuib ( 280 Park Homes)


Foto: FB 280 Park Homes

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah dihadiahkan oleh  suaminya pelawak Shuib (Sepahtu) sebuah kondominium berkembar sebagai tanda penghargaan kerana melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin. Kondominum mewah itu terletak di Puchong  dan menurut hasil pencarian kami, kediaman mereka dalam lingkaran RM729k hingga RM1.6 Juta untuk seunit.

Datuk Seri Aliff Syukri (Pavillion Kuala Lumpur)


Seperti diketahui umum, Aliff Syukri Terlajak Laris yang gemar “update” aktiviti hariannya untuk ditularkan di beberapa media sosial miliknya, kini sudah berpindah ke mahligai impian bersama isteri, anak-anak dan orang gajinya.

Selain memiliki sebuah Istana mewah di Kota Damansara, Aliff turut memiliki kediaman di Pavilion Kuala Lumpur.  Kondominium yang terletak di Bukit Bintang ini boleh mencecah RM4 Juta kerana harganya bergantung pada saiz keluasan dan permandangan dari jendela yang berbeza-beza.

Anzalna Nasir (Setia Sky Residences)


Kediaman mewah yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, pelakon Anzalna, menerusi laman sosial instagramnya, sering berkongsi gambar keindahan kondominum mewahnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Anzalna, rumah baru ini dilengkapi dengan kolam renang  dan permandangan spektakular Kuala Lumpur yang sangat eksklusif. Kondominium mewah yang terletak berhampiran dengan KLCC ini dianggarkan  berharga dalam sekitar RM500k hingga RM2.6 Juta.

Kelebihan Duduk Di Kondominium


MERIDIN MEDINI & MERIDIN MEDINI 2

Keselamatan merupakan elemen paling penting dalam membuat keputusan untuk membeli sesebuah rumah. Kebanyakkan diantara kita bersetuju bahawa keselamatan di kondominium lebih terjamin daripada kediaman bertanah.

Risiko untuk pencerobohan keselamatan di  kondominium lebih rendah berbanding dengan hartanah kediaman bertanah. Ini disebabkan oleh fungsi–fungsi yang disediakan pada setiap kondominium seperti kad akses, kamera litar bertutup (CCTV) di setiap sudut bangunan dan juga kawalan sekuriti 24 jam berbanding dengan hartanah kediaman bertanah.

Kemudahan Yang Ada Di Kondominium


FERRINGHI RESIDENCE & FERRINGHI RESIDENCE 2

Apabila berbicara tentang kemudahan–kemudahan yang disediakan oleh sesebuah hartanah, pilihan kondominium tetap menjadi pilihan hati. Dengan kemudahan seperti kolam renang, kedai serbaneka, gim, pusat dobi, dewan serbaguna dan banyak lagi amat memudahkan para penghuninya.

Mewah & Eksklusif – Jom Grab Tawaran Dari Mah Sing!


Nak ada kediaman mewah dan menarik seperti selebriti-selebriti ini? Jom semak kondominium mewah yang ditawarkan oleh Mah Sing Group, sebuah syarikat peneraju dalam pembangunan hartanah di Malaysia. Kami pasti anda akan terpikat kerana bukan setakat rekaan yang moden dan kemudahan yang disediakan malah pemandangan sekitarnya juga sangat menarik!

Lokasi: Mont Kiara, Kuala Lumpur
Keluasan Lingkungan: 1696 – 4719 sf
Harga Lingkungan: Dari RM1,400,000

Icon Residence terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Kondominum mewah ini sememangnya popular kerana terletak sangat strategik dengan akses mudah ke mana-mana dan berdekatan dengan MRT pada masa depan. Bukan itu sahaja, penghuni boleh berjalan kaki ke pusat membeli-belah Publika. Best kan?

Lokasi: Jalan Kuching, Kuala Lumpur
Saiz Keluasan: 976 – 1341 sf
Harga Lingkungan: Dari RM668,000

Sebuah kawasan kediaman yang diimpikan ramai orang dengan pemandangan menarik bandar Kuala Lumpur. Hanya 8km ke KLCC  dan salah satu podium kediaman terbesar dengan 38 kemudahan khusus. Selain itu, perkhidmatan bas feeder turut disediakan dan boleh berjalan kaki ke KTM dan stesen MRT2 pada masa akan datang.

Lokasi: Petaling Jaya, Selangor
Saiz Keluasan: 745 – 1795 sf
Harga Lingkungan: Dari RM511,000

Di persimpangan lebuh raya paling sibuk di Lembah Klang – Persekutuan dan LDP. Mercu tanda yang terkenal dan ikonik di Petaling Jaya. Lihat sahaja rekabentuknya! Futuristik kan?

Lokasi: Iskandar Malaysia, Johor
Saiz Keluasan: 318 – 2131 sf
Harga Lingkungan: Dari RM262,000

Terletak di zon ekonomi khas dalam perjalanan singkat dari Singapura. Berhampiran dengan Legoland, Mall of Medini, pusat perubatan EduCity dan Gleneagles. Pelabur menikmati insentif cukai & pelaburan khas dan sifar RPGT. Terbuka untuk pembelian kepada orang asing. Pakej pelaburan termasuk pilihan untuk suite-suite yang dikendalikan hotel dan tujuan penyewaan.

Lokasi: Batu Ferringhi, Penang
Saiz Keluasan: 1208 – 1800 sf
Harga Lingkungan: Dari RM1,064,800

Suite resort dengan pemandangan laut yang menawan dan pemandangan bukit yang indah. Penghuni dapat menikmati suasana pantai yang meriah dan pemandangan yang diilhamkan dari pantai Hawaii. Ferringhi Residence 2 mengambil gaya Polynesia Perancis.

Nak tau lebih lagi pasal unit-unit ini, klik sahaja di sini untuk info lanjut.  Anda juga boleh hubungi +1300 30 3002  untuk sebarang pertanyaan. Apa tunggu lagi? Jom beli rumah di Mah Sing!