Sejak kes depresi nya yang lalu, nampaknya penyanyi Haqiem Rusli sudah ‘bangkit’ dan kini kembali aktif menyanyi.Malah terbaru, dia dilihat menjadi salah seorang panel jemputan bagi sebuah rancangan realiti terbaru, I Can See Your Voice Malaysia.

Netizen Dakwa Haqiem Rusli Biadap


Namun begitu, di media sosial terdapat segelintir netizen yang mengkritik sikap Haqiem ketika rancangan itu sedang berlangsung dimana dia didakwa mencuri tumpuan penonton dengan bertindak memperbetulkan nyanyian salah seorang peserta yang menyanyikan lagunya, Tergantung Sepi. Malah kerana sikapnya itu, ada yang mendakwa Haqiem seperti biadap kerana meluru ke atas pentas dan menyanyikan lagunya sendiri.

Haqiem Mohon Maaf


Jika menurut situasi sebenar, tindakan Haqiem memperbetulkan nyanyian peserta itu bukanlah disengajakan.

Menerusi beberapa video rakaman, jelas kelihatan sebenarnya terdapat beberapa orang juri termasuk Mark Adam meminta Haqiem naik ke atas pentas untuk betulkan nyanyiannya.

Meskipun dikecam, Haqiem dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada semua dan turut mengaku akan kesilapannya. Hasil carian kami, akaun twitter yang sama juga telah memberi pelbagai kecaman kepada penyanyi ini sewaktu kontroversi mengenainya hangat diperkatakan.