Dalam dunia yang serba moden ini, tidak dinafikan terdapat juga perkara-perkara mistik berlaku disekeliling kita secara sedar mahupun tidak sedar. Situasi itu turut terpalit pada usahawan terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman yang didakwa netizen terkena buatan makhluk halus.

Kaki Lebam Kerana Digigit Makhluk Halus?


Spekulasi itu mula timbul setelah Sajat memuatnaik sekeping gambar di Instagram nya yang menunjukkan kakinya mempunyai kesan lebam di bahagian betis.

Menurut kepercayaan dahulu, jika mempunyai lebam seperti itu ianya adalah kerana kesan daripada gigitan hantu ataupun jin. Malah beberapa komen daripada netizen turut memperkatakan mengenai hal yang sama. Meskipun begitu, usahawan ini tidak meletakkan sebarang kenyataan balas mengenai gambar tersebut.

Sedang Giat Rakamkan Singe Kedua


Dalam perkembangan lain, Sajat dan Datuk Seri Aliff Syukri dilihat telah ke Indonesi sejak beberapa hari lalu dipercayai bagi merakamkan single kedua mereka yang bergenre dangdut. Khabarnya dalam single kali ini akan turut berduet dengan selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna. Namun begitu, tajuknya masih lagi menjadi rahsia dan akan diperdengarkan tidak lama lagi.

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Haqiem Rusli Dituduh Biadap Kerana ‘Rampas’ Mikrofon Peserta
Artikel SeterusnyaPernah Mengadu Telah Disihir, Nizen Ayob Meninggal Dunia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress