Ramai yang menantikan prequel filem The Purge ini selepas tayangan The Purge : Election Year ditayangkan sekitar dua tahun yang lalu. Masih lagi mengisahkan mengenai proses ‘pembersihan’ namun dalam The First Purge ini ianya menceritakan bagaimana pembunuhan kejam dan pemberontakan di negara itu bermula.

Terlalu Banyak Kandungan Sensitif Tanpa Tapisan


Hasil tinjauan kami mendapati tidak semua pawagam di Malaysia menayangkan filem ini. Barangkali kerana menonjolkan unsur kekejaman dan sensitiviti yang melampau menyebabkan ianya ditayangkan di pawagam yang terpilih.

Malah berbanding dengan filem The Purge sebelum ini yang seingat kami ditayangkan di semua pawagam tanah air, ianya ditapis dengan begitu ketat tidak seperti prequel nya kali ini. Namun begitu, ianya masih menarik untuk ditonton dan perlu diingatkan kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah adalah tidak sesuai untuk menonton filem ini.

Sinopsis The First Purge


Bagi mengurangkan kadar jenayah di bawah 1 peratus pada tahun tersebut, pertubuhan New Founding Fathers of America telah melancarkan satu eksperimen dimana rakyat dibenarkan untuk keluar memberontak, membunuh dan lakukan apa sahaja jenayah yang mereka ingin lakukan dalam masa 24 jam tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Untuk melihat keberkesanannnya, mereka telah memilih sebuah kepulauan kecil yang didiami kebanyakan rakyat yang miskin dan berkulit hitam dimana ianya mencetuskan satu provokasi hebat sehinggga memaksa mereka membunuh dan lakukan kekejaman pada mereka yang tidak bersalah.

REVIEW OVERVIEW
Menarik Untuk Ditonton
Artikel SebelumnyaBapa Joe Flizzow Meninggal Dunia Akibat Barah Hidung
Artikel SeterusnyaPergaduhan The Kardashians Di Twitter Tarik Perhatian Dunia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress