Bagi pasangan yang sudah berkahwin, menanti detik-detik kelahiran bayi pertama adalah hal yang sangat mendebarkan.

Ramai yang tak tahu ada beberapa orang artis tanah air yang masih menunggu kelahiran buah hati.

Selain isteri pelakon Sharnaaz Ahmad yang sekarang sedang mengandung anak pertama, ada ramai artis lain yang sedang mengalami hal sama. Jadi kami di Hangat.com kongsikan antara barisan selebriti yang akan menimang cahaya mata tak lama lagi.

1Noor Nabila

Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengumumkan dirinya hamil cahaya mata pertama mereka pada Februari yang lalu. Nabila yang juga merupakan kakak kepada aktres Neelofa itu memberitahu berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya dan kini Nabila sedang menunggu hari untuk bersalin.

2Mawar Rashid

View this post on Instagram

Mommy-to-be. Insyaa’Allah 💛

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Khabar ini baru sahaja diumumkan oleh Mawar Rashid, yang kini hamil dua bulan. Mawar yang mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya, baru-baru ini, turut mengharapkan semua pihak dapat mendoakan semoga bayi yang dikandungnya itu sihat, cukup sifat dan dipermudahkan ketika bersalin nanti.

3Niena Baharun

Niena Baharun pula berkongsi berita gembira tentang dirinya yang sedang hamil anak pertama. Niena yang popular menerusi drama rantaian Sayangku Kapten Mukhriz itu mengumumkan dia sudah hamil 13 minggu menerusi akaun Instagram miliknya pada bulan Mei yang lalu.

4Niena Azman

Gitaris kumpulan rock Kristal, Rody yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi setelah isterinya, Niena Azman disahkan hamil Julai lalu. Rody mengumumkan berita itu dengan penuh perasaan teruja menerusi akaun Instagramnya.

Artikel SebelumnyaSikap Terpuji Yana Shamsudin Menjaga Batas Sebagai Wanita Muslimah!
Artikel SeterusnyaTop 5! Nurul Shamsul Cipta Sejarah Gadis Berhijab
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.