Semalam, industri dikejutkan dengan kehilangan dua orang bintang. Selain pelakon gerak khas, Allahyarham Nizen Ayob atau nama sebenarnya Saiful Nizen Bin Ayob, bapa kepada penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow yang juga bekas personaliti televisyen, Ishak Nengah, 65 telah disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari semalam.

Menghidap Barah Hidung Tujuh Tahun Lalu


Allahyarham Ishak yang pernah berkhidmat dengan RTM dan TV3 itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dikhabarkan, Ishak telah menghidap penyakit barah hidung sejak tujuh tahun yang lalu, Ishak

“Sepanjang tempoh tersebut, sel barah tersebut telah merebak ke seluruh tubuh badannya yang menjejaskan fungsi hampir keseluruhan organ dalaman,”

Dikebumikan Di USJ 22


Menurut sumber, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Darul Ehsan Subang Jaya untuk dikafan dan disembahyangkan serta dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam MPSJ USJ 22. Salam takziah diucapkan buat keluarga kedua-dua Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber : Utusan

Artikel SebelumnyaKenali Jare Yang Digelar Sebagai Kanak-Kanak Tercantik Di Dunia!
Artikel Seterusnya[REVIEW] Filem The First Purge Banyak Kandungan Sensitif!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress