Jarang sekali kita mendengar pergaduhan para selebriti di media sosial apatah lagi secara terang-terangan. Namun tidak bagi adik-beradik Kardashians, Kourtney, Kim dan Khloe apabila mereka dilaporkan mempunyai perselisihan faham.

Bergaduh Kerana Sesi Bergambar


Difahamkan pergaduhan diantara mereka mula tercetus apabila Kim telah menuduh Kourtney mementingkan diri sendiri apabila sibuk memikirkan jadualnya yang sibuk.

Malah lebih memburukkan keadaan, pergaduhan tersebut turut melibatkan seorang lagi adik mereka, Khloe yang saling mempertahankan diri masing-masing di Twitter.

Masih Saling Menyayangi


Pergaduhan mereka di Twitter itu menarik perhatian dunia malah tidak kurang juga ada yang menganggap ianya sebagai satu gimik untuk menaikkan rating rancangan itu kelak.

Namun begitu, meskipun perbalahan tersebut dapat dilihat di secara umum, adik-beradik terkenal ini tegas memberitahu hubungan mereka masih lagi baik biarpun mempunyai pandangan yang berbeza. Jadi anda di pihak yang mana? Kourtney, Kim ataupun Khloe ?

Sumber: Cosmopolitan