Pernahkah anda terfikir bagaimanakah wajah terkini selebriti-selebriti antarabangsa yang sudah meninggal dunia? Benarlah kata orang, biarpun jasadnya sudah tiada namun nama dan karya mereka masih kekal diingati sehingga ke hari ini.

Wajah Terkini 10 Selebriti Yang Sudah Meninggal Dunia


Terbaru, terdapat sesuatu yang mencuri perhatian kami kerana menerusi Sachs Media Group dan Phojoe mereka telah membuat gambaran wajah terkini 10 selebriti yang sudah meninggal dunia. Tidak pasti jika ianya sesuatu pelik atau obsesi namun berikut adalah 10 wajah selebriti tersebut yang Hangat.com perolehi.

1Bob Marley

Bob Marley meninggal dunia di usianya 36 tahun pada 1981. Masih muda bukan? Ini adalah gambarannya jika ikon muzik reggae ini masih hidup dan menginjak 73 tahun.

2John Lennnon

Ada yang meminati John Lennon? Ini adalah wajahnya di usia 77 tahun. Masih kacak!

3Elvis Presley

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan lagenda Elvis Presley. Di usia 83 tahun, senyuman itu masih mampu menambat hati peminat.

4Jimi Hendrix

48 tahun lalu Jimi telah meninggal dunia  di usianya baru mencecah 27 tahun. Jika masih hidup, hari ini umurnya sudah mencecah 75 tahun.

5Kurt Cobain

Sama seperti Jimi, Kurt Cobain meninggal dunia pada 1994 ketika berusia 27 tahun. Kini sudah 24 tahun berlalu, inilah wajah Kurt yang berusia 51 tahun.

6Jim Morrison

Begitu ramai yang meninggal dunia ketika berusia 27 tahun termasuklah Jim Morrison. Jika masih hidup tahun ini Jim bakal meraikan ulangtahunnya yang ke 75 tahun.

7Bobby Darin

Seandainya umurnya masih panjang beginilah imaginasi wajah lagenda muzik rock n roll yang berusia 82 tahun, Bobby Darin.

8Janis Joplin

Janis Joplin juga meninggal di usia 27 tahun pada 1970, dan ini adalah wajahnya jika masih hidup di usia 75 tahun.

9Dennis Wilson

Masih kacak dan tampan di usia 74 tahun. Ahli kumpulan Beach Boys ini meninggal dunia pada usia 39 tahun pada tahun 1983.

10Karen Carpenter

Satu-satunya drummer yang juga penyanyi wanita ditampilkan iaitu penyanyi duo The Carpenters, Karen Carpenter di usia 68 tahun. Karen meninggal pada usia 32 tahun pada 1983.

Sumber Bored Panda