Semalam, peminat dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Saiful Nizen Bin Ayob atau lebih dikenali sebagai Nizen Ayob yang meninggal kerana kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Allahyarham telah selamat dikebumikan di kampung halamannya petang semalam.

Salina Saibi Sebak Mengenai Status Terakhir Nizen


Ramai yang terkejut dan sedih dengan khabar pemergian pelakon gerak khas ini termasuklah rakan karibnya, Salina Saibi yang terkesan dengan berita tersebut. Malah menerusi Instagram nya, Salina turut sedih dengan status terakhir Nizen dimana Allahyarham telah menyatakan pada 11 Ogos ini ingin menamatkan zaman bujangnya.

Namun begitu, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana Allahyarham Nizen terlebih dahulu menghadap Ilahi beberapa hari sebelum tarikh impiannya itu terlaksana.

Rakan Artis Turut Bersimpati


Selain Salina, rakan-rakan artis yang lain turut bersimpati dan sedih dengan pemergian Nizen. Antaranya Zulin Aziz, Fattah Amin, Sharnaaz Ahmad dan Saiful Apek.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yangh beriman hendaknya.Al-Fatihah.

Artikel SebelumnyaSerius ‘Hot’! 15 Gaya Model Wanita Iran Tanpa Tudung Era 60an
Artikel SeterusnyaGambaran Wajah Terkini 10 Selebriti Yang Sudah Meninggal Dunia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress