Mencari partner untuk bercuti atau melancong memang tidak mudah, kerana semasa bercuti kita ingin teman yang tepat, dan tidak moody. Kerana biasanya partner bercuti yang kurang sesuai mampu merosakkan cuti kita.

Foto: IG Nabila Huda

Nah! bagi anda yang bingung memilih teman untuk diajak bercuti, berikut ini adalah karakter teman bercuti yang paling sepadan dan sesuai dengan zodiak.

1Aries Dengan Sagittarius

Foto: Blog News Weekly

Kedua-dua Aries dan Sagittarius boleh berdikari, bersifat spontan dan bersemangat. Aries juga gemar mencuba benda baru manakala Sagittarius mudah untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti tersebut.

Jika anda bintang Aries tapi tak ada rakan Sagittarius untuk melancong bersama, orang berbintang Gemini pun sesuai. Ini adalah kerana Gemini juga suka berminat untuk melalui pelbagai jenis pengalaman dan bersikap spontan.

2Taurus Dengan Cancer

Foto: IG Rozita Che Wan

Jika anda mempunyai kawan yang sukakan kemewahan dan keselesaan, mungkin dia berbintang Taurus. Kawan sebegini sesuai digandingkan dengan orang Cancer kerana mereka bersikap santai. Daripada terburu-buru untuk ke mana-mana, mereka lebih gemar untuk tetapkan masa sendiri ketika melancong.

BACA  Netizen Sifatkan Lagu 'Bodoh' Sesuai Untuk Shila Amzah

Taurus dan Libra juga boleh menjadi pasangan melancong yang ideal. Sama seperti Taurus, Libra gemar berjalan secara relaks dan mengimbas kembali kenangan lama. Jadi mereka memang secocok.

3Gemini dengan Aquarius

Foto: USTOA

Pasangan bintang ini merujuk kepada sifat  intelektual. Aquarius ada banyak idea yang tetap manakala Gemini pula mudah bergaul. Mereka berdua gemarkan aktiviti dan pembelajaran.

Gemini juga sesuai dengan Aries kerana kedua-duanya bersifat ingin tahu dan menikmati aktiviti spontan.

4Cancer dengan Libra

Kedua-duanya gemar belajar tentang budaya. Cancer boleh menjadi sedikit monyok, tapi Libra yang tak suka bila ada perbalahan, boleh seimbangkannya semula.

5Leo dengan Libra

Foto: Nam Ho Travel

Orang yang berbintang Leo lebih gemar ke tempat-tempat yang meriah dengan kebisingan sama seperti Libra. Pasangan ini sangat secocok untuk travel bersama kerana kedua-duanya suka berseronok melakukan aktiviti menarik.

7Virgo Dengan Capricorn

Foto: MiniTime

Orang berlambang Virgo dan Capricorn sangat tersusun atau organised. Jadi mereka adalah pasangan ideal kerana mereka akan mengaturkan semua aktiviti mereka bersama-sama, tepati masa dan pastikan pelan mereka menjadi seperti yang dirancang. Takkan ada pergaduhan di antara mereka sebab mereka peka dengan perancangan mereka sepanjang trip itu.

Virgo juga sering disebut Queen of iltineraries, kamu tak akan terlambat jika berangkat dengan virgo.

Virgo dengan Gemini pun boleh melancong bersama kerana kedua-duanya adalah orang intelektual.

8Libra dengan Libra

Orang yang berbintang Libra seharusnya memilih pasangan berbintang yang sama. Kedua-duanya boleh menjadi pasangan travel yang ideal kerana mereka suka meneroka, bersifat ingin tahu, meminati seni dan budaya, dan pandai mengatur perancangan. Jika mereka travel bersama, pelancongan mereka memang dirancang dengan elok.

10Aquarius dengan Libra

Yang berbintang Aquarius pula mempunya sikap sukan belajar benda-benda baru dan berfikiran terbuka, manakala orang berbintang Libra akan lebih bersosial. Libra akan mengajak si Aquarius untuk bersosial juga, dan ini mungkin menyeronokkan ketika melancong.

11Pisces dengan Taurus

Mereka berdua enjoy kemewahan hidup, mempunyai minat yang sama dan bersifat romantik. Mereka juga serasi dari segi perangai, dan ini penting untuk memastikan yang pelancongan mereka itu menyeronokkan.

Orang yang berzodiak Pisces bersifat emosional, belas kasihan, dan artistik. Mereka gemar menjelajahi muzium, konsert dan galeri yang tidak akan pernah anda bayangkan sebelumnya.

Jadi bagaimana? Anda dah ada pilihan mencari teman untuk bercuti?

Sumber Insider Via Hijabnheels

Artikel SebelumnyaGambaran Wajah Terkini 10 Selebriti Yang Sudah Meninggal Dunia
Artikel SeterusnyaTahniah! Shila Amzah Rangkul Dua Anugerah Muzik Di China
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.