Model yang juga pelakon baru, Alicia Amin sememangnya terkenal dengan berita sensasi dan kontroversi yang terpalit dengan dirinya. Jika dahulu mengenai isu pakaian seksi kali ini sekali lagi dia mencetuskan perbualan hangat di kalangan netizen mengenai isu Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).

Galakkan Golongan LGBT Menipu Untuk Derma Darah


Menerusi akaun Twitter nya, Alicia menyatakan sekiranya golongan LGBT ingin menderma darah, mereka boleh berbuat demikian dan caranya hanya dengan menipu mengenai status kesihatan mereka.

Pandangannya itu dibuat selepas seorang netizen memuat naik gambar syarat kelayakan untuk seseorang menderma darah dan golongan LGBT dan mereka yang melakukan seks rambang adalah ditegah untuk menderma darah bagi mengelakkan penyakit seperti HIV tersebar melalui darah mereka. Namun begitu, Alicia memberitahu dia bukanlah galakkan mereka untuk menipu sebaliknya tegaskan bahawa golongan ini juga boleh menderma darah.

Dr Amalina Bakri Nasihat Golongan LGBT


Ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh model itu mendapat tentangan dan kecaman hebat daripada para netizen di media sosial. Ada yang menganggapnya sebagai kurang cerdik malah ada juga yang menyelar tindakannya itu sehingga menarik perhatian Dr Amalina Bakri.

Menurut Amalina, dia juga mempunyai kawan dan pesakit yang tergolong dalam LGBT namun sebagai seorang doktor yang mempunyai kesedaran, dia menasihati mereka (LGBT) agar tidak menipu mengenai status kesihatan mereka kerana boleh mengancam mereka yang lain.Bagi kami, sebagai seorang ‘public figure’, Alicia tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana kelak boleh mempengaruhi gejala yang negatif bukan?

Artikel SebelumnyaTahniah! Shila Amzah Rangkul Dua Anugerah Muzik Di China
Artikel SeterusnyaLucu! Gambar Kim Kardashian Disunting Jadi Bahan Jenaka
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress