Kuasa media sosial tidak dinafikan sememangya antara pengaruh yang kuat di masa kini. Pelbagai kejadian seperti buli cyber juga tercetus angkara media sosial. Tidak kira anda seorang selebriti ataupun individu biasa perkara seumpama ini pasti tidak akan terlepas. Ada yang menganggap ianya sebagai sesuatu yang serius dan ada juga yang sebaliknya.

Gambar Kim Kardashian Disunting Jadi Bahan Jenaka


Terbaru, selebriti antarabangsa terkenal Kim Kardashian turut menjadi bahan jenaka di media sosial apabila gambarnya telah disunting menjadi beberapa gambar jenaka.

Hangat.com difahamkan Kim baru-baru ini telah memuat naik sekeping gambar di Instagram nya bagi mempromosi sepasang kasut jenama terkenal. Namun begitu aksinya di atas katil kelihatan agak sedikit pelik sehingga menyebabkan ada invididu yang menyunting gambar berkenaan.

Gambar Tular Di Media

Melihatkan aksi nya itu, beberapa aksi turut dipadankan dengan situasi yang sesuai. Ada yang terhibur melihat gambar-gambar itu dan tidak kurang juga yang bersimpati dengan Kim kerana menjadi mangsa buli di media sosial.

Yang pasti gambar tersebut sudah tular dan sehingga kini mendapat lebih dari 19 ribu tanda suka (likes) di Twitter.

Artikel SebelumnyaDr Amalina Bakri Tegur Alicia Amin Kerana Ajar Golongan LGBT Menipu
Artikel SeterusnyaMia Sara Ditahan Di Hospital Kerana Sakit Buah Pinggang?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress