Bercakap mengenai pelakon Mia Sara Nasuha, siapa sahaja yang tidak kenal dengannya. Suatu ketika dahulu wajah dan telatahnya sering kali menghiasi drama dan filem tempatan dan merupakan pelakon kanak-kanak terkenal di tanah air.

Kelab Peminat Dakwa Mia Hidapi Sakit Buah Pinggang


Terbaru, pelakon yang berusia 13 tahun ini dikhabarkan telah jatuh sakit dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Damansara. Biarpun tiada pengesahan dari Mia mengenai sakit yang dihidapinya, menerusi kelab peminatnya pula, Mia dikatakan telah menghidap penyakit buah pinggang.

“@therealmiasara kt hospital sekarang sebb sakit Kidney (Ginjal) ? Its okay #mianators will pray for you, hope cepat sembuh,”

Rakan-Rakan Artis Doakan Mia Cepat Sembuh


Melihatkan Mia yang terlantar sakit, ramai rakan-rakan artis mendoakan agar dia cepat sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.

Antara artis yang menzahirkan ucapan tersebut adalah Achey dan Lisa Surihani. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Mia!

Artikel SebelumnyaLucu! Gambar Kim Kardashian Disunting Jadi Bahan Jenaka
Artikel SeterusnyaKini Botak, 7 Gambar Lama Sonali Bendre Bersama Aktor Popular
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress