Susulan dari pemergian Allahyarham Nizen Ayob yang meninggal dua hari yang lalu akibat penyakit buah pinggang, ibunya Kamisah Nasri tampil menceritakan situasi yang sebenar sebelum pelakon Gerak Khas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tidak Putus Mohon Maaf Sebelum Meninggal Dunia


Menurut Kamisah, arwah yang juga anak bongsu daripada tiga beradik tidak putus-putus memohon maaf padanya dan bapanya Mohd Ayob Abdul Samad, dalam tempoh 10 hari sebelum dia dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan. Tambahnya, keadaan Nizen yang mula demam sejak Ramadan lalu bertambah teruk ketika Syawal mula diraikan.

“Sebenarnya dia mula demam sejak awal Ramadan lalu, namun kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Pekan Layang-Layang dan Kuala Lumpur. Bagaimanapun, keadaan yang sama berulang semula ketika umat Islam menyambut kedatangan Syawal.

Melihat keadaannya yang semakin teruk dan lemah, kakaknya menyarankan dia untuk mendapatkan rawatan di HSA sebelum ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir,”

11 Ogos Bukan Tarikh Perkahwinan


Dalam perkembangan lain, terdahulu Allahyarham pernah memuatnaik mengenai tarikh 11 Ogos yang menjadi tanda tanya peminat adakah tarikh tersebut bakal berlangsungnya hari pernikahannya.

Namun begitu, menurut ibunya tarikh itu adalah hari ulang tahunnya yang 34 dan Allahyarham tidak mempunyai perancangan berkahwin dalam masa terdekat walaupun mengakui anaknya mempunyai teman wanita, tetapi keluarga belum mengenalinya. Barangkali disebalik kenyataan Allahyarham punyai maksudnya yang tersendiri. Salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Nizen.

Sumber : Harian Metro 

Artikel SebelumnyaKini Botak, 7 Gambar Lama Sonali Bendre Bersama Aktor Popular
Artikel SeterusnyaKes Skandal Video Porno Ariel Noah Dibicarakan Semula?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress