Nama beliau tidaklah asing dalam dunia Bollywood. Sonali Bendre sejak kebelakangan ini telah mendapat perhatian media. Bukan kerana khabar gembira, melainkan kisah perjuangan dirinya melawan kanser yang dideritanya.

Aktres Bollywood yang popular di era 90-an ini diminati oleh pecinta filem Bollywood. Wanita berusia 43 tahun itu terkenal dengan wajah comel dan rambut panjang hitam yang tak pernah diubah gayanya.

View this post on Instagram

This is me. And in this moment, I am really happy. People give me strange looks when I say that now, but it's true and I'll tell you why. I am now paying attention to every moment, looking for every opportunity to find joy and #SwitchOnTheSunshine. Yes, there are moments of pain and low energy, but I am doing what I like, spending time with people I love, and feeling very loved and happy. I am extremely grateful to my friends, my pillars of strength, who at a moment's notice, arrived to be with me and help me through this. In between their busy schedules they find time to visit, call, message, FaceTime… basically never leaving a moment for me to feel alone. Thank you for showing me what true friendship is. #HappyFriendshipDay, ladies. Blessed to have you all in my life (including the ones not in the picture… You know who you are) @gayatrioberoi @suzkr P.S. Nowadays I spend far less time getting ready because I don't have to fuss over my hair! ūüėú#BaldIsBeautiful #FindThePositive #OneDayAtATime Picture credit: @hrithikroshan

A post shared by Sonali Bendre (@iamsonalibendre) on

Wanita kelahiran Mumbai tersebut rupanya sudah terjun di industri perfileman Bollywood sejak tahun 1994. SUdah berpuluh-puluh filem yang dibintanginya.

Malah ia menjadi salah satu aktres yang sudah pernah berlakon dengan aktor Khans. Tak cuma aktor Khans, Sonali Bendre juga sudah pernah berlakon filem bersama aktor terkenal lainnya.

Penampilannya ketika muda hingga kini masih sama. Wajahnya tetap terlihat cantik memukau. Nah, tertanya-tanya bagaimana gambar lama ibu anak satu ini? Jom semak gambal nostalgik Sonali Bendre dan 7 aktor India.

1Sonali Bendre dan Aamir Khan

Pada tahun 1999, Sonali pernah berlakon dengan Aamir Khan di filem Sarfarosh. Filem ini turut meraih penghargaan National Film Award kategori Filem Paling Popular. Filem ini menceritakan kisah cinta Ajay Singh Rathod (Aamir Khan) dan Seema (Sonali Bendre). Keserasian pasangan di filem ini sangat disukai penonton.

2Sonali Bendre dan Shah Rukh Khan

Pada tahun 1996, Sonali juga pernah bergandingan dengan Raja Bollywood Shahrukh Khan dalam filem English Babu Desi Mem. Kemudian pada tahun 1998, penampilan Sonali pula muncul di filem Duplicate. Tahun 2003, Sonali kembali berlakon dengan Shah Rukh Khan dalam film Kal Ho Naa Ho.

3Sonali Bendre dan Salman Khan

Pada tahun 1999, Sonali berlakon dengan aktor paling kaya di India, Salman Khan dalam filem Hum Saath РSaath Hain. Selepas itu di tahun 2000, Sonali dan Salman kembali  berlakon dalam dua filem yakni Chal Mere Bhai dan Dhaai Akshar Prem Ke.

4Sonali Bendre dan Saif Ali Khan

Seterusnya pada tahun 1998,  Sonali disatukan bersama suami Kareena Kapoor dalam filem Keemat dan Humse Badhkar Kaun. Kemudian pada tahun 2001, wanita 43 tahun ini kembali berlakon dengan Saif Ali Khan di Love Ke Liye Kuch Bhi Karega dan di tahun 2003, Sonali kembali bertemu dengan Saif Ali Khan dan Shah Rukh Khan di Kal Ho Naa Ho.

5Sonali Bendre dan Akshay Kumar

Pada tahun 1994, Sonali pernah bergandingan dengan Akshay Kumar dalam filem Sapoot. Disusuli pada tahun 1998, Sonali dan Akshay Kumar berlakon dalam 2 filem sekaligus iaitu Angaaray dan Keemat.

6Sonali Bendre dan Sunil Shetty

Tahun 1995, Sonali dan Sunil bertemu dalam filem Takkar dan Gaddar. Kemudian di tahun 1996, ada dua filem yang mereka bintangi iaitui Rakshak dan Sapoot.

7Sonali Bendre dan Ajay Devgan

Tidak terkecuali,  Sonali pernah berlakon bersama suami Kajol ini dalam filem Diljale. Kemudian pada tahun 1998, mereka berdua kembali berlakon dalam 2 filem  Major Saab dan Zakhm. Terkahir mereka berlakon sama dalam filem Once Upon ay Time in Mumbai Dobaara pada tahun 2013.

Sumber KhaleejTimes, Brilio