Wayang Kulit & Roti Canai Dalam Muzik Video Terbaru Ed Sheeran

Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia, pihak Warner Music Malaysia telah berkongsi Muzik Video terbaru dari Ed Sheeran berjudul “Happier” dengan versi Wayang Kulit. Untuk video muzik ini, WMM bekerjasama dengan pereka Wayang Kulit- TinToy dari Fusion Wayang Kulit.

Boneka asal Ed Sheeran dari video muziknya yang lebih ceria digantikan dengan versi Wayang Kulit Ed Sheeran, namun kisah cinta gadis belon dan saingan teddy sebelumnya dikekalkan.

Banyak elemen lain yang membuatkan video muzik ini lebih dekat dengan rakyat Malaysia, termasuk makanan Roti Canai dan beberapa babak terlihat di sekitar Jalan Bangsar. Jom saksikan, pasti anda suka dengan video muzik ini.