Sebelum ini, Brad Pitt dan Angelina Jolie dianggap seperti pasangan paling bahagia di dunia. Apatah lagi kemesraan mereka serta enam orang mereka, Shiloh, 11, pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 9 tahun serta tiga anak angkat mereka Pitt-Maddox, 16, Pax, 14 dan Zahara, 13 tahun dipuji netizen.

IKLAN

Angelina Dakwa Brad Pitt Sudah Dua Tahun Tidak Bayar Nafkah Anak


Namun begitu, kini ianya bertukar sebaliknya apabila mereka sudah bercerai pada 2016 dan pelbagai kontroversi mula timbul kembali termasuklah dakwaan Angelina yang mengatakan Brad tidak membayar nafkah anak-anak mereka selama hampir dua tahun.Sebelum ini, Angelina turut dikatakan melarang bekas suaminya itu berjumpa anak-anak mereka.

BACA  Adira Suhaimi Sedih Kehilangan Dua Orang Tersayang Dalam Masa Seminggu

Brad Sudah Bosan Dengan Drama Angelina


Dalam perkembangan lain, Brad menafikan dakwaan tersebut dan sudah memberi nafkah tersebut kepada Angelina lebih daripada yang sepatutnya. Tambah Brad, dia juga sudah bosan dengan sikap dan drama Angelina yang ada sahaja yang tidak kena.

Menurut sumber antarabangsa, bekas isteri Brad iaitu Jennifer Aniston meluahkan rasa simpati pada pasangan itu dan mengharapkan segalanya akan berakhir dengan baik.

Sumber : USA Today